Umur dah 50 tahun baru belajar untuk menulis didalam ruang percuma ini, Didalam kepala atau otak ,masih teringin untuk belajar menulis dengan betul dan boleh bersaing dengan kawan-kawan yang bersama-sama sekolah.
Umur dah 50 tahun baru juga nak relak di Rumah dengan anak dan isteri selepas puas keluar malam macam musang berjanggut (kata arwah orang tua ) dan tehtarik bergelas-gelas untuk kan kedai mamak..
Umur dah 50 tahun baru nak belaja menyanyi seperti ELvis Pressely mahupun Tom Jones atau Barry Manilow...suara boleh tahan juga kalau sekali sekala teran mcm mereka..hehehee..
Umur dah 50 tahun baru nak mula kenal kayu golf yang dulu kawan-kawan berbuih-buih mulut dan air liur ajak main sebab ada rahsia dalam main golf ini.
Umur dah 50 tahun tidor pun tak berapa nyenyak kerana teringin benar nak bangun malam buat tahjud dan doa sihatkan kesihatan sebab teringat kawan-kawan semua dah pergi tanpa kembali..hehehee...Fatihah untuk mereka yang telah pergi...
Umur dah 50 tahun banyak tempat belum dilawati terutama Mekah dan Madinah seruan bagi orang yang berkemampuan...
Umur dah 50 tahun siang-siang lepas lunch mesti kena nap sekejap sbb ikut amalan nabi...
Bila dah 50 tahun baru teringat nak senyum selalu teringat kisah silam...macam filem duniawi..
Yang nak 50 tahun ...ingat-ingat lah umur itu, badan pun dah longgar sana sini..
hehehe.....pergggggggggggggg